PERUBAHAN MENDADAK&DRASTIK HABIS!! Masihkah anda ingat dengan bekas penyanyi kumpulan MOJO, Aweera yang begitu sinonim dengan imej "Rock&Jiwa Kental" beliau? Jom tengok 7 foto "Transformasi Mengejutkan" imej&wajah terkini beliau yang bakal buat anda Terpikat&Jatuh hati dibuatnya!! Foto no.#1, #4 & #6 tu paling bikin kami "Terkejut beruk" & "Terlopong besar" sekali! tengok!!!

BERIMEJ BARU - AWEERA MASIH BERJIWA 'ROCK'

Semua mengetahui bahawa Aweera sebelum ini sinonim dengan imej rambut panjang dan kerinting, terkini beliau tampil dengan imej baru iaitu berambut pendek. 

Aweera atau nama penuhnya Nasharul Aweera Noriyissham, 26, yang telah sekian lama berambut panjang dan kerinting itu menjelaskan tindakannya memotong rambut pendek baru-baru ini bukan bererti dia tidak lagi berjiwa 'rock'. 

Beliau sebaliknya berkata, keputusannya itu dibuat kerana ingin melakukan pembaharuan dari segi imej memandangkan sudah terlalu lama menyimpan rambut panjang sebelum ini. 


"Dari sejak awal kemunculan rambut saya sama sahaja iaitu panjang dan kerinting, jadi tahun ini apa salahnya saya buat pembaharuan dari segi imej agar lebih segar. 

"Label muzik rock dan berambut panjang itu orang yang buat tetapi pada saya tidak kira pendek atau panjang itu bukan ukuran jiwa 'rock' tetapi ia hanya sekadar imej," jelasnya. 

Dalam pada itu, Aweera mengakui sebelum bertindak memotong rambutnya dia terlebih dahulu meminta pandangan rakan-rakannya sama ada imej berkenaan sesuai dengannya atau pun tidak. 

Katanya, ada di antara mereka yang tidak bersetuju dengan keputusannya itu namun tetap nekad untuk menukar stail rambutnya. 


"Ada yang sokong dan ada juga minta saya kekalkan imej rambut panjang dan kerinting yang sudah sinonim dengan diri saya. 

"Tetapi saya nekad potong kerana jika saya sudah bosan dengan imej ini saya masih boleh kembali simpan rambut saya," ujarnya dipetik sebagai berkata. 

Dalam perkembangan lain, Aweera berkata, dia kini sedang dalam persiapan untuk melancarkan single terbaharunya yang berjudul 'Wanita Cinta Teragung'. Kata Aweera, lagu berkenaan adalah hasil ciptaan sepenuhnya dan berharap peminat akan menyukai karyanya itu. 

"Sejajar dengan imej baharu ini saya juga bakal melancarkan single terbaharu dalam masa terdekat ini. Insya-Allah, tahun ini juga saya ingin benar-benar fokus kepada karier nyanyian berbekalkan dengan semangat tahun baharu," katanya. 






Sumber: mStar 

Sumber asal: myartis.com

Artikel ini hanyalah perkongsian dari pelbagai laman web, blog dan media sosial. Sekiranya perkongsian gambar atau artikel yang dilaporkan disalahertikan kami tidak akan bertanggungjawab. Hubungi kami di ehpopmedia@gmail.com untuk sebarang aduan atau maklumbalas.

0 Response to "PERUBAHAN MENDADAK&DRASTIK HABIS!! Masihkah anda ingat dengan bekas penyanyi kumpulan MOJO, Aweera yang begitu sinonim dengan imej "Rock&Jiwa Kental" beliau? Jom tengok 7 foto "Transformasi Mengejutkan" imej&wajah terkini beliau yang bakal buat anda Terpikat&Jatuh hati dibuatnya!! Foto no.#1, #4 & #6 tu paling bikin kami "Terkejut beruk" & "Terlopong besar" sekali! tengok!!!"

Post a Comment